Setiap usaha pasti berhasil

setiap usaha pasti berhasil, itu yang saya nampak. Tapi, tak semestinya hari ini kita usaha, hasilnya kita akan dapat hari ini, mungkin bukan esok, mungkin bukan minggu depan, mungkin juga bukan bulan depan.

Hasilnya mungkin akan dicapai tahun depan, mungkin 5 tahun akan datang, mungkin 10 tahun akan datang.

Hasil usaha yang menghasilkan kejayaan tu pun mungkin bukan sampai terus begitu sahaja, mungkin dia akan didatangi pakej risiko, kekecewaan, rasa nak gantung diri, dikutuk, dihina, dipandang keji, dan pastinya didatangi dengan kegagalan.

setiap usaha pasti berhasil

Contohnya macam dalam gambar iceberg kat atas ni pasal kejayaan. Apa yang orang nampak dan apa yang sebenarnya berlaku.

Masa kita belum berjaya, orang akan kata yang kita tak berusaha, kita takut nak keluar dari zon selesa, kita buat perkara sia-sia. Itu semua antara benda normal yang akan kita tempuh dalam perjalanan kita nak berjaya.

Bila kita berjaya, orang nampak kita makan sedap, kita travel ke sana sini, kita beli tu beli ni. Orang akan kata kita lupa diri, kita lupa asal usul, kita lupa orang sekeliling kita dan macam-macam lagi orang akan kata.

Pada saya, pedulikan apa orang kata, selagi benda tu tak menyalahi agama, teruskan usaha kita. Orang tak tahu apa yang kita rasa, betapa susahnya hidup kita. Bila kita makan kfc, orang nampak kita berduit, padahal, mungkin… setelah bertahun-tahun kita, dan keluarga kita, hari-hari berjimat cermat atau memang tak ada duit, sampaikan makan nasi dengan telur goreng berkuahkan kicap.

Macam tu juga bila kita travel, orang tak tahu betapa kita menangis sendirian bila anak-anak kita duduk terperap dirumah sebelum tu walaupun masa cuti sekolah disebabkan kekangan ekonomi kita.

Bila kita berjaya, pasti ada yang akan mencemburui kita, sama ada dari sudut baik atau sebaliknya.

Pedulikan semua tu, semua hasutan dan kata-kata tu belum tentu membantu anda. Mereka tak ada semasa anda susah. Mereka belum tentu membantu anda berusaha.

Jadi teruskan usaha anda, jangan biarkan orang lain membantutkan usaha anda

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge