Saya bukan cikgu

Hai, selamat datang ke blog saya, www.sayabukancikgu.com. Blog saya ini lebih kepada blog peribadi dimana saya luahkan isi hati saya.

Blog saya bukan cikgu lahir atas banyak faktor, antaranya adalah kerana salah anggap orang ramai termasuk cikgu sendiri yang menyangka saya adalah seorang cikgu.

Antara topik perbualan perkenalan adalah “kerja kat mana?” dan bila saya jawab kat sekolah, mesti akan ada soalan susulan “cikgu ke?”, saya pun jawab lah… “taklah, saya bukan cikgu”, nanti dia jawab pulak “Owh… ingatkan cikgu…”

saya bukan cikgu

Apa masalah korang ni? Cikgu je ke yang kerja kat sekolah? 

Kat sekolah tak ada kerani?

Kat sekolah tak ada jaga?

Kat sekolah tak ada pembantu makmal?

Kat sekolah tak ada tukang kebun?

Kat sekolah tak ada makcik kantin? Pakcik kantin? Cleaner?

Haaa… ni saya yakin ramai tak tahu, PPM… PPM tu singkatan bagi Pembantu Pengurusan Murid. Apa benda tu? tu bukan benda, tu nama jawatan. PPM ni , seperti yang korang boleh tengok pada nama tugas tu, dia membantu menguruskan murid, sebelum, sedang dan selepas kelas. Dan dia juga lah tukang masak, dia jugaklah cleaner dan lain-lain tugas.

PPM ni kebanyakkannya ada di prasekolah, ada jugak di sekolah yang ada kelas khas, kelas khas macam lemah pembelajaran ke, kelas oku ke dan yang seangkatan dengannya.

Ok, sambung balik…

Kat sekolah tak ada PPM?

Mungkin kerana rupa saya yang agak handsome, so orang ingatkan saya cikgu.

Ape? Korang ingat cikgu semua handsome ke? Lebih ramai yang tak handsome dari handsome.. hahaha

Macam saya nyatakan tadi, banyak sebab kenapa saya buat blog saya bukan cikgu ni, antaranya blog ni akan menjadi blog bernichekan peribadi dan saya akan memfokuskan blog utama saya alongxp.com untuk niche teknologi.

Ada juga saya plan nak buat subdomain untuk dijadikan blog peribadi, tapi entah kenapa rasa macam tak kena pulak. Masa mandi semalam, idea tu datang. Duit untuk beli hosting di netkl cukup-cukup pula tu, try domain sayabukancikgu.com available pulak tu, so apa lagi? beli la…

Kat netkl, ada pakej beli hosting free domain. So, memang ultra jimat la nak mula buat website atau blog.

Dan blog ni juga mungkin akan menjadi lubuk untuk saya try and error untuk saya buat web design.

Apa kaitan dengan ni:

    ,best ke jadi pembantu makmal sekolah,tugas makcik kantin sekolah

8 comments

  1. ooo sebab keje dekat skolah kot orang anggap la ckgu. cam keje spital la, nurse padahal bnyk je lg pembantu makmal, MA, attende, cleaner, tukang masak, macam macam lg laaa.

  2. sedikit nukilan saya berkenaan pekerjaan di sekolah..
    bagi saya pula,saya tidak ke sekolah pun orang sudah mengenali saya sebab anak cikgu..saya tidak pergi ke sekolah pun,masih dikenali sebagai cikgu…belum lahir lagi,dah kena pergi sekolah..sekolah seumur hidup..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge