Plan tapi tak jadi, tak plan tapi jadi

Pukul 3 pagi, dok bejalan-jalan blog, tetiba teringat kenangan masa ‘bujang’ dulu, yang mana dulu selalu la berlakunya bila plan tak jadi, tak plan jadi pulak.

Antara plan tapi tak jadi adalah:

BBQ – konon nanti bila gaji, weekend tu nak buat bbq, hmmm… korang tau apa yang terjadi.

Camping – camping dan yang lebih kurang macam tula

Antara tak plan tapi jadi pulak:

Pergi sungai tekala – Plan asal nak pergi main boling je. Sampai kat parking kereta tempat nak main boling, memasing keluar kereta, bakar rokok, borak punya borak, tiba-tiba jadi plan pergi sungai tekala pulak, maka pergilah empat sekawan ke sungai tekala.

tak plan tapi jadi tak plan pergu sungai tekala

Buat unggun api – Yang ni best, dalam pukul 11 lebih (malam), salah sorang dari kawan kitorg kat atas, tiba-tiba tanya saya bila birtday saya. Saya pelik la, saya tanya kat kawan saya yang lagi sorang, sebab masa tu saya kat rumah dia. Dia jawab “jap lagi kan birthday mamat tu”, dipendekkan cerita, ‘birthday boy’ tu datang rumah kawan saya, ambil kami dan tak tahu mana nak pergi, just pergi je.

Dari banting, pergi ke batu laut, lepas lajak lagi, sampailah ke port dickson. Sampai port dickson, cari port lepak, sampailah ke satu spot tepi pantai, kami setup unggun api, duduk depan unggun api tu sampai padam.

bakar unggun api

Unggun api padam, kami pun balik. Tu je.

Tengok wayang – Yang ni paling best, kami semua (lebih 12 orang agaknya) ada khidmat bantu di sekolah lain. Hari kedua, kami dah tak banyak kerja, jadi lebih kepada berbual beramai-ramai. Entah siapa entah keluar idea ajak tengok wayang, kami on je.

Dah nak sampai aeon bukit tinggi klang, ada round about, diorang follow kereta saya, ada 6-7 bijik kereta, agaknya… Saya sengaja pusing roundabout tu dua kali, diorang semua ikut pusing roundabout tu dua kali jugak

Sampai sekarang pon macam tu lagi la, plan la macam mana pun, last minit mesti tak jadi. Tapi bila tak plan, jadi pulak.

Tapi kalau andai kata ada rezeki korang, saya ada cadangan.

6 trip redah kasi pecah terbaik kat Malaysia (psstt… jangan scroll kat bahagian komen dia)

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge