Perawan atau Janda? Abang pilih yang mana?

Ternampak ayat perawan atau Janda ni kat status facebook sape entah tentang perkahwinan Jep sepahtu dengan sari yanti.

Asalnya saya nak buat tajuk kalau dah jodoh tak kemana. Ni andaian saya jela kan… mungkin masa Jep sepahtu tengok cerita kisah kaisara, dia tertarik kat sari yanti dengan mata besar, kiut miut dia tu, jep dah niat nak jadikan sari yanti sebagai isteri dia.

sari yanti budak sekolah

Tapi masa tu entah jep dah jadi selebriti ke belum agaknya, sari yanti pun tak tahu sape jep masa tu, entah sepah masa tu dah wujud ke belum agaknya sebelum jadi sepahtu.

sepah raja lawak

Belum sempat nak berkenalan agaknya dengan sari yanti, sari yanti dah kahwin pulak…

kecewaTapi Allah tu maha mengetahui kan? Jep dibagi rezeki jadi selebriti terkenal, job tak putus, duit masyuk…

Bak kata ada sorang blogger ni, “mesti ada yang kata, kalau jep tak jadi artis, agaknya sari yanti nak tak kat dia?”

Pada saya, bukan isu jadi selebriti ke tak, masalahnya kalau jep tak jadi selebriti, peluang dia nak muncul depan mata sari yanti pun tipis, andai kata lah sari yanti tu jenis tak memilih darjat atau status atau apa-apa yang sama waktu dengannya pun, macam mana dia nak kenal dengan jep tu?

Walaupun namanya jodoh, mesti ada punca macam mana diorang boleh berkenalan, sebelum jep tu jadi artis, jep tu orang yang sangat biasa je pun.

Macam saya sendiri, lepas saya bercerai, saya niat nak cari isteri macam mak saya. Niat tu timbul masa mak saya datang kat rumah saya, kami adik beradik (semua lelaki) duduk di ruang tamu, tengok tv, mak saya masak kat dapur.

Saya tengok mak saya buat kerja di dapur sorang diri, saya perhati lama lepas tu saya cakap dengan mak saya… “lepas ni orang nak cari isteri macam mak la.”

Mak saya tanya “macam mak yang macam mana?”

Saya jawabla..”Yela… kitorang dok gelak-gelak depan tv, mak buat kerja sorang-sorang kat dapur, mak takde pun nak panggil kitorang suruh tolong ke ape ke”

Mak saya jawab “tu kan dah tanggungjawab mak”

“Yang macam tu lah yang orang nak cari” kata saya.

Korang yang baca ni mungkin bayangkan yang tersurat je… tapi kami sekeluarga memang selalunya menyampaikan yang tersirat melalui yang tersurat.

Maksud sebenar mak saya bukan setakat “tu kan dah tanggungjawab mak” je dan maksud saya “Yang macam tu lah yang orang nak cari” pun bukan setakat tu je. Mak bapak saya, terutama sekali bapak saya memang melatih kami adik beradik untuk banyak berfikir.

Bukan setakat buat kerja dapur sorang-sorang je. yang saya maksudkan.

Kebolehan saya menggunakan otak kiri dan kanan saya serap dari ayah saya. Sebab tu saya dikenali sebagai orang teknikal, tapi ramai yang tak tahu, dan cuma segelintir je yang pernah tengok hasil seni saya.

otak kiri dan kanan

Dan kebolehan saya memanipulasi kedua-duanya. huhuhu.

Ok, tu niat pertama saya, niat kedua saya pasal isteri ni lepas saya beraya dirumah ex-classmate saya(perempuan) di johor… dipendekkan cerita, balik tu saya cerita pengalaman saya beraya di rumah ex-classmate saya tu dan mak saya jawab “orang johor memang macam tu”

Masa tu saya jawab “kalau macam tu, orang nak cari orang johor la ” dipendekkan cerita, kedua-dua niat saya tu termakbul dengan kemunculan isteri saya.

Ok, makin jauh dari topi perawan atau janda, tapi memang perawan atau janda bukanlah topik utama sebenarnya yang saya nak cerita. Jodoh adalah topik utama, jadi…. tak kisah perawan atau janda… hahaha.

perawan atau janda

Apa pun, tahniah buat jep dan sari yanti… untung sebenarnya kahwin dengan janda atau duda tau… korang yang mentaliti sempit je yang takleh nak terima.

Sekian terima kasih

Apa kaitan dengan ni:

    ,yanti nak bapak,abang pilih cipap yang mana,cerita janda tp perawan,cikgu jep,Orang di atau janda

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge