Nak ambil course apa nanti?

SPM dah habis, STPM pun… dah nak habis dah kot, keputusan pt3 dah keluar, keputusan spm pun dah nak keluar dah, soalan kawan-kawan nak ambil course apa nanti mesti akan kedengaran.

Abang tau la dik oi, abang pun pernah melalui zaman korang tu, zaman habis sekolah, rasa macam dah nak bina rumah tangga, dah mula pasang angan-angan nak kawen bila, kat mana, macam mana, macam mana malam pertama nak kerja apa, nak sambung belajar kat mana apa semua tu semua abang dah rasa dik.

Objektif entri ni ada kat bawah-bawah sikit, kat bahagian yang dah bold tu. Nak ambil course apa nanti?

nak ambil course apa nanti

Bila tengok post pasal nak ambil course apa nanti tu, teringat zaman habis sekolah dulu. Baru semalam teringat balik zaman ambil lesen.

Habis sekolah dulu memang saya tak ada plan nak kerja, tapi dah memang rezeki agaknya, masa pergi beraya kat rumah jiran A, suami dia cakap ada 2 kerja kosong kat tempat dia.

Saya tak dengar pun diorang cerita pasal kerja kosong tu sebab tengah sedap melantak makan, bila tiba-tiba mak saya tepuk kata ada kerja kosong, dan adik jiran B yang saya tak kenal tu ajak pergi sekali.

Saya yang tengah blur sebab dalam kepala dok setting perasaan makan, angguk dan jawab ok je.

Esok pergi mintak kerja, dapat dan dia suruh sorang kena masuk petang tu jugak, sorang lagi masuk isnin, dan kawan saya yang baru beberapa minit saya kenal mintak saya masuk petang tu sebab dia nak balik kampung dulu, isnin baru dia masuk kerja.

Dalam hati saya “aduh, petang ni aku ada dating dengan awek hitam manis montok aku…” tapi saya jawab ok jugak.

Masa mula-mula kerja kat kilang atap genting kat kluang tu, saya kerja bahagian production, lepas lebih kurang 2 minggu, kawan sekolah saya masuk kerja, supervisor tengok saya ada kawan yang badan besar, disuruhnya buat housekeeping.

Kitorang masuk BAWAH tempat orang kerja, bersihkan sisa-sisa atap genting yang dipotong, cat bangunan, buang sawang dan segala macam kerja housekeeping lagi.

Masa tu bapak saya daftarkan dan bayarkan kos untuk saya dapat lesen L supaya saya boleh pergi kerja, bawak motor secara halal.

Untuk saya dapat lesen P, bapa saya suruh saya bayar sendiri dengan duit gaji saya, dan itulah yang saya buat.

Nak ambil course apa nanti?

Hampir 6 bulan saya kerja, akhirnya surat tawaran sambung belajar sampai kat rumah, niat nak melonjak gembira tak kesampaian bila tengok course yang ditawarkan adalah diploma kejuruteraan elektrik.

Masa saya sekolah dulu saya ambil kejuruteraan elektrik dan elektronik, jadi bila nak sambung belajar, saya nak kan course yang sama la… tapi tak ada, yang ada sama ada kejuruteraan elektrik atau kejuruteraan elektronik.

Disebabkan sebenarnya saya tak ada cita-cita yang saya target dalam hidup, jadi saya tak tahu Nak ambil course apa untuk tukar dari course yang ditawarkan.

kursus yang sesuai

Belek punya belek, adala diploma teknologi maklumat dalam tu, agaknya sebab memang saya ada jiwa IT, jadi saya ambil je kursus tu.

Tapi macam korang, adik-adik yang nak sambung belajar, tak pasti lagi nak ambil course apa yang betul-betul sesuai dengan korang. Dah tak susah dah. Cuba jawab kuiz kat laman web ni.

Kursus yang sesuai dengan anda.

Dan adik-adik akan dapat panduan kursus mana yang sesuai dengan diri adik-adik. Jawab jangan tak jawab.

Semoga berjaya di masa hadapan

Apa kaitan dengan ni:

    ,course nak ambil

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge