Kena tipu di mudah.my

Saya tak rasa kes kena tipu di mudah.my ni bukanlah benda baru… dari zaman saya main forum lagi saya dah selalu jumpa entri pasal kena tipu di mudah.my ni tapi kali ni saya nak cerita pasal pengalaman saya sendiri.

Tapi saya tak lah kena tipu di mudah.my tu, tapi hampir-hampir kena tipu. Lagipun, mudah.my bukan menjalankan perniagaan melalui laman web dia pon, mudah.my cuma medium, satu laman web, satu tapak untuk orang memaparkan iklan kat situ, so takkan lah mudah.my menipu pulak kan?

kena tipu kat mudahgambar sekadar perhiasan je

Cuma ramai atau banyak penipu atau scammer yang letak iklan kat mudah.my tu.

Ok, so saya nak cerita lah pengalaman saya yang rasanya hampir-hampir kena tipu.

Ceritanya saya nak tolong kawan untuk beli kereta 2nd hand mengikut budget yang diberi. Pencarian berhari-hari, pada suatu malam yang sunyi, sekitar jam 1 pagi yang menghampiri 2 pagi, nampak satu kancil dengan harga yang masih dalam budget kat laman web mudah… nice…

Tapi takkan saya nak contact seller tu pukul 2 pagi lak kan? Jadi saya save dulu kedua-dua telefon salesman kereta yang dinyatakan dalam tu, yang tak pula diletakkan nama.

Dalam pukul 0657 pagi, saya whatsapp nombor pertama tanya sama ada kereta tu masih ada.

~~ tak ada balasan

Pukul 11:19 saya whatsapp nombor ke dua yang ada dalam iklan kat mudah tu.

~~ tak ada balasan

Pukul 12:15 salesman pertama balas kata masih ada

Pukul 12:19 saya tanya sama ada harga tu harga final (siap tukar nama dan renew road tax dan insurans)

Pukul 12:42 salesman pertama balas kata ya

Pukul 12:43 saya tanya sama ada saya boleh tengok kereta tu, kat mana lokasi kedai.

~~ tak ada balasan

pukul 14:00 saya bagitahu yang saya betul-betul nak kereta tu, tapi saya nak tengok dulu.

~~ tak ada balasan

Pukul 15:40 saya mintak dia respon

~~ tak ada balasan

Saya ada try call nombor salesman pertama sepanjang dia tak balas tu, tak angkat.

Fedup, stress dan marah, dalam pukul lima setengah petang, saya try call nombor salesman ke dua tu. 2 kali call yang berterusan, dia angkat dan saya terus tanya pasal kereta tu. Dia kata nanti dia try follow up dengan kedai tu.

Pukul 17:49 dia balas whatsapp saya beserta beberapa keping gambar dan beritahu kereta tu masih ada tapi banyak orang dah tanya.

Pukul 17:53 saya sound dia balik, “mestila, saya dah contact seller lagi sorang, lambat gila nak jawab, kalau jawab awal, kite boleh deal nak tengok bila, saya boleh terus bayar kalau jadi”

Pukul 17:54 saya hantar screenshot perbualan saya dengan salesman nombor 1 dan beritahu saya dah call banyak kali, tapi tak jawab, susahla nak deal. dan beberapa ayat lain

Pukul 17:58 salesman ke 2 jawab, kata kereta pada runner sekarang.

Pukul 18:00 saya tanya boleh tak runner tu bawak ke banting dan tunjuk kereta tu?

Pukul 18:00 dia balas: Ok, kalau awak nak tengok kereta tu, saya aturkan untuk awak, tapi awak kena bayar deposit, kalau tak ngam, saya bayar balik on the spot. 300

Pukul 18:01 “300??” saya tanya

Pukul18:02 dia balas “untuk mengesahkan anda adalah pembeli yang bersungguh-sungguh, kalau tak boleh, mintak maaflah… sebab owner urgent nak jual kereta tu”

Pukul18:03 saya balas “saya boleh, tapi apa jaminan yang saya tak akan ditipu? saya pun urgent nak beli” saya tanya direct je…

Pukul18:04 “saya boleh hantar detail saya dan ic, sikit je jumlah tu” kate dia

Pukul18:05 “saya dah dalam bidang ni dah 5 tahun, takkan disebabkan satu deposit menjejaskan masa depan saya. ok. kami berniaga jangka masa panjang”

Pukul18:06 saya tanya dia “macam mana kalau deposit 100?? jadi taklah saya menangis kaw2  kalau benda yang tak diingini berlaku”

Pukul18:07 dia jawab “ok, saya try tanya company saya dulu”

Pukul18:07 saya jawab “ok”

Pukul18:07 “saya akan beritahu kejap lagi, kami dari kajang” dia bagitahu

Pukul18:08 “so korang datang malam ni?” saya tanya

Pukul18:08 dia jawab “menunggu jawapan syarikat”

Pukul18:09 saya bagitahu saya akan beritahu kawan saya

Pukul18:41 “beri nama penuh awak” di whatsapp

~~masa tu saya terlelap sebab keletihan

Pukul 19:50 saya balas nama penuh saya

Pukul 19:52 dia balas, ada nama penuh, ada nombor akaun, ada satu nama, dan ayat “Dep Rm300 (deposit refundable)

Pukul 19:52 tu jugak saya balas “bukan ke kita deal deposit 100?”

Pukul 20:01 dia balas “bro, kalau boleh deposit sekarang, runner dan on the way”

Saya yang tengah mamai masa tu pun jawab ok dan bangun nak g transfer… lepas tu saya terfikir, 100 ke 300? saya tanya dengan dia balik dan kata “awak kata nak tanya company dulu dan bagitahu saya”

Pukul 20:03 dia jawab “300 bro”

Pukul 20:05 saya yang dah mula rasa macam kena scam ni tanya pada dia “siapa nama dalam whatsapp tu? saya dah mula rasa confuse ni”

Pukul 20:06 dia jawab “Direct owner”

Saya tak puas hati, ni dah nampak sangat satu permainan ni… jadi Pukul 20:07 saya tanya dia mana detail dan ic dia yang dia kata tu?

Dia hantar gambar ic depan belakang dia pada Pukul 20:08, saya makin rasa macam ada konflik kat situ, nama pada namecard, lain, nama pada ic lain, muka pada profile picture lain, muka pada ic lain, nak bank in pada nama orang lain.

Jadi pada Pukul 20:10 tu saya balas dengan screenshot ayat dia untuk mengingatkan dia, dan saya cakap pada dia, “pada awak tu jumlah kecil, tapi bukan pada sesetengah orang”

~~krik krik… tiada balasan

Pukul 20:35 dia balas “bro, mintak maaf sangat, salesman lain dah terima deposit(dari pembeli lain maksudnya kot)”

Saya balas pada waktu yang sama dengan emoticon ketawa sampai keluar air mata dan kata “ni lawak sangat, runner dah on the way ke sini dan salesman lain dah kutip deposit?”

Dia balas Pukul 20:01 “saya dah beritahu, saya cuma salesman, dan bukan kereta ni je saya handle, salesman lain dah ambik deposit dan saya tiada pilihan, saya harap saya boleh jual kereta ni dan dapat komisen, tapi dah terlambat”

macam tulah ceritanya… untuk pengetahuan anda semua, perbualan antara saya dan salesman-salesman tu dalam bahasa inggeris, tapi disebabkan rasa rendah diri saya terhadap bahasa inggeris saya yang tahap tanah kubur, saya segan nak masukkan dalam ni untuk tatapan umum.

So, apa yang korang rasa? ada rasa macam ada cubaan nak menipu tak? komen dan pandangan korang sangat-sangat saya hargai. Tolonglah komen.

Sharekan entri ni, kot2 ada kawan korang yang pernah kena tipu di mudah.my yang nak kongsikan pengalaman kat sini ke.

 

 

 

 

6 comments

  1. Nampak macam menipu. mungkin kalau orang yang tak teliti dia akan percaya. sebab rasa eksited sangat nak beli. tapi kalau orang tu teliti, lepatu kita pun tany amacam2 dengan penjual tu, mesti dia pun putar2 belit ayat. bila dah nak kantoi , perkara paling selamat ialah beritahu barang orang lain dah beli . hahahhahahahahhaha. alhamdulillah belum pernah kena lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge