Ada orang tanya dalam group bila hari sukan negara tahun ni. Jadi saya pun buatlah research bila tarikh hari sukan negara tahun ni dan tahun-tahun akan datang (kalau diteruskan lagilah.) sebelum saya bagi jawapan kat dalam tu.
Jadi disini saya lampirkan tarikh Hari Sukan Negara tahun 2018, tahun 2019, sehingga tahun 2022.
Tarikh Hari Sukan Negara 2018
Tarikh Hari Sukan Negara 2019
Tarikh Hari Sukan Negara 2020
Tarikh Hari Sukan Negara 2021
Tarikh Hari Sukan Negara 2022
Hari sukan negara pertama dianjurkan adalah pada tahun 2015. Iaitu pada tarikh 10.10.2015. Asalnya ia dah ditetapkan untuk diadakan pada setiap sabtu pertama dalam bulan November setiap tahun. Dan pada 2015 tu diorang tetapkan tarikhnya adalah pada 7 November 2015 sebagai sambutan hari sukan negara pertama. Tapi telah dipinda sebab isu banjir dan musim hujan.
Tarikh sambutan tu ditukar kepada setiap hari sabtu minggu kedua bulan 10 setiap tahun, jadi untuk sambutan Hari sukan negara petama, ia diadakan pada 10.10.2015 (cantik kan tarikh tu?)
Pelancarannya telah diadakan pada 24 Mac 2015 di Perkarangan Pusat Membeli Belah Pavilion (apa motif buat kat situ? kenapa tak buat kat putrajaya? pelik) sempena 200 hari menuju ke arah Hari Sukan Negara.
Objektif Sambutan Hari Sukan negara ni adalah satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS bukan KBSW) ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
Ok, info berguna sampai sini sahaja, anda tak nak teruskan membaca pun tak jadi masalah.
Sumber: www.harisukannegara.my , facebook hari sukan negara
Sporting??
Sporting? sporting yang sporting tu? saya memang sporting dalam kedua-dua makna…
Sporting dalam makna bersukan: sebelum ni saya rajinlah berping-pong, lepas saya jatuh, dan itu telah menyebabkan masalah yang sedia ada menjadi semakin teruk. Jadi, lepas dari tu, saya masih boleh main ping pong, tapi tak boleh layan sangat, sakit belakang wooo…
Ping pong tu nampak je macam permainan ringan, tak ada apa-apa, tapi rasa macam kalau siapa ada belajar kungfu ke tai chi ke Qi Gong ke, akan mudahlah. Sebab dia macam kita salurkan segala tenaga ke tangan, tu yang lepas tu mengahnya macam apa. Padahal main ping pong je pon. Jadi lepas tu saya kurangkan main ping pong sebab sakitnya tu membawa sampai berhari-hari.
Bila dah sakit macam tu, saya pun kurangkan main ping pong dan beralih kepada berlari. Sebab itu je sukan yang saya boleh buat walaupun saya terpaksa buat sendirian. Saya perlu bersukan kerana kerja saya(yang hakiki dan yang bukan hakiki macam blogging dan sebagainya) memerlukan saya untuk merosakkan perjalanan ‘gaya hidup sihat’ saya.
Masalahnya, sakit tu tak kira masa, kadang sakitnya tu setakat tahap geli-geli je, kadang-kadang sakitnya tu tahap boleh mengeluarkan air mata jantan. Jadi saya tak boleh kerap berlari atau buat rutin untuk tu, bila tak sakit je saya akan berlari atau jogging.
So sekarang ni saya buat 2 rawatan, rawatan stress dengan rawatan sakit belakang tu. Sebut pasal rawatan stress tu, kita sambung kepada sporting dalam makna yang kedua.
Sporting dalam makna boleh bergurau, terbuka dan segala makna yang seangkatan dengannya. Kerja saya adalah kerja yang agak stressful, sebab kerja saya jenis cari masalah, masalah perkakasan komputer,masalah perisian komputer, masalah rangkaian, masalah coding. dan segala bentuk macam masalah. Apa masalah, apa punca masalah dan apa penyelesaian masalah tu.
Bila saya stuck, saya tak dapat jumpa jalan kepada permasalahan tu, saya akan jadi stress… jadi bila saya stress, saya kurangkan dengan bergurau senda dengan rakan-rakan yang lain.
Tapi saya akan bergurau pada tempat, situasi dan orang yang sesuai. Bukan semua orang boleh dibawa bergurau. Kadang-kala orang cuba bergurau dengan saya, tapi saya respon balik dengan tak berapa nak bergurau sebab orang tu bukan jenis boleh bergurau sebenarnya.
Macam Dr. Fazilah kamsah cakap dalam radio sinar FM, “kita bergurau dengan orang tu sebab kita rasa kita mesra dengan orang tu”. Jadi, bukan semua orang boleh masuk dengan gurauan dan lawak kita. Saya tahu pasal tu. Sebab tu kalau orang yang rajin memerhati akan perasan ada masa saya senyap, ada masa saya serius, ada masa saya dok membahan tak henti-henti. Tengok keadaan.
Tapi bila saya bergurau dengan orang lain, tapi orang lain yang pandang macam tu tindakan yang tidak sopan, padahal orang yang saya bergurau tu ok je, sebab tu saya bergurau dengan dia pada tahap tu. Jadi saya dah tak boleh nak bergurau macam dulu.
So, kerja saya stress, dan saya tak boleh nak release stress tu. Stress makin bertambah dan saya tak boleh nak release stress. Apa jadi?
So, hari sukan negara ni satu permulaan bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat. Good job kementerian belia dan sukan. Tapi saya juga berharap, kementerian lain buat sesuatu yang menekankan kesihatan rakyat juga. Kesihatan tak akan dicapai dengan sekadar sukan je.
Kesihatan juga terbahagi kepada mental dan fizikal. Makanan, alam sekitar dan banyak perkara sebenarnya yang boleh menambah dan mengurangkan kesihatan. Harap lebih banyak pihak yang sedar dan mengambil tidakan atas benda ni.
Apa kaitan dengan ni:
- ,hari sukan negara tahun 2018 walk,hari sukan negara di sekolah dokumentation
Leave a Reply