Cara pikat suami

Entri cara pikat suami ni asalnya saya nak publish di blog saya yang lagi satu, tapi oleh kerana sibuk telampau lampau dengan projek-projek lain, sampai berbulan dok kat draf. Tapi bila baca entri di blog QueenBee, saya rasa saya nak macam nak sambung entri ni

Adakah menjadi satu kejanggalan apabila seorang suami menulis dan berkongsi tips cara pikat suami? Pada saya tidak, dan memang patut pon seorang suami yang berkongsi bagaimana cara pikat suami, sebab sorang suami pastinya lebih tahu apa yang diharapkan dan diperlukan dari seorang isteri.Tips pikat suami

Cara pikat suami

Benda ni ditanya pada saya beberapa minggu yang lalu, macam mana nak cara nak pikat semula suami? Ada banyak caranya, antaranya adalah ambil perhatian suami dengan menunjukkan yang anda berminat untuk memahami dunia suami anda.

Ambil tahu perjalanan hidup suami anda sepanjang hari tu. Saya yakin, mula-mula suami anda akan rasa pelik dan tak nak cerita banyak.

Anda tahu suami anda minat apa? Untuk bersangka baik, saya andaikan anda tahu apa yang suami anda minat. Contohnya suami anda minat kereta, lebih spesifik lagi, suka kereta yang diubahsuai, lebih spesifik lagi, suka ubahsuai dari sudut prestasi kereta.

Kalau anda baca blog ni, maknanya anda reti guna internet, gunakan internet untuk cari apa-apa pasal benda tu. Lepas tu kalau boleh ikut sekali dia pergi ke kedai kereta, workshop, dengar dan tengok apa yang suami anda dengar dan tengok.

belajar… jadi anda boleh faham, jadi bila anda faham, bila suami anda bercerita dengan anda, anda faham, anda boleh membalas balik perbualan tu, tak lah macam suami cakap dengan dinding.

Akhir sekali, dimanakah kedudukan suami anda?

Tak perlu la pergi tengok suami anda, maksud saya, kedudukan suami anda dalam senarai keutamaan anda? dimanakah kedudukan suami anda dalam senarai tugas harian anda?

Cara saya tanya soalan ni kepada akak tu macam ni?

Selalunya bila akak balik kerja, siapa sampai dulu?

akak tu jawab “suami sampai dulu”.

Saya kata pada dia, “ok, ceritakan pada saya setiap butir perkara apa yang akak buat start dari turun dari kereta bila sampai kat rumah”

Dia pon cerita ” akak masuk rumah, tukar baju ke mandi, kemas rumah, basuh pinggan, siapkan anak, masak…”

saya pun tanya “bila masa akak sebut suami?”

dia ketawa sebab dia faham lepas tu dia pon cakap “ada, lepas masak tu, ajak makan”

saya tanya macam mana akak ajak dia makan? macam ni? saya belakon, memalikan kepala sambil jerit “bang… makan”

kan? saya tanya dia. dia ketawa, maknanya betul la tu…

lepas tu dia ketawa dan cakap “ok akak faham…”

saya tanya “kat mana kedudukan suami akak dalam senarai benda yang akak buat seharian?”

dia jawab sambil ketawa “bawah sekali”

saya kata lagi, “tu pun kalau kertas senarai tu ada ruang lagi kan? kalau tak ada?”

dia ketawa lagi…

Benda ni sama je kes macam dalam entri QueenBee tu, berpunca dari mengabaikan suami… sudah terantuk baru tengadah, bila dah kantoi suami ada perempuan lain, barulah nak melatah.

Cara nak pikat suami tak sama dengan cara nak pikat lelaki yang belum jadi suami kita… Dan sangatlah jauh berbeza dengan masa anda pikat suami anda sebelum kahwin atau baru-baru kahwin.

Sebab masa belum kahwin, atau baru kahwin, suami anda belum banyak pengalaman, belum kenal anda macam mana, malah dia sendiri pun tak tahu apa yang dia mahu selain dari memuaskan nafsu.

Bila dah lama kahwin, nafsu bukan lagi keutamaan dia, rupa dan bentuk badan anda pun dah jauh berbeza dari dulu.

Jadi cara pikat suami anda adalah dengan memenuhi keperluan dia.

cara pikat suami

Apa yang dia perlukan? Eh, itukan suami anda, mestilah anda je yang tahu apa yang diperlukan…

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge