Cara belajar buat blog yang senang

Beberapa bulan yang lepas, ada la sorang guru ni contact saya, dia ni bekas guru yang pernah mengajar kat tempat saya kerja ni, dia kata nak belajar buat blog yang senang lepas dia belajar cara guna google drive dengan saya. Maksud diaย belajar buat blog yang senang maknanya tak perlu jumpa, tak perlu pergi kelas, belajar melalui online je. Siap nak bayar lak tu.

Maknanya guru tu dah nampak dah kelebihan blog bagi seorang guru. Baguslah tu, kalau lebih ramai guru yang jadi blogger kat Malaysia ni, makin berilmu lah rakyat Malaysia ni.

nak belajar buat blog

Sebab penulis blog tu sendiri memang tenaga pengajar terlatih dan bertauliah. Bukan orang yang main cedok dan susut ayat berterabur semata-mata.

Cara belajar buat blog yang senang

Ok, back to topic. Bila cikgu tu tanya macam tu, saya tak tahu macam mana nak tolak. Sebab dia memang tahu yang saya ni memang blogger yang dah lama dah berblogging.

Tapi masalahnya, saya tak reti nak ajar, sebab saya belajar buat blog dulu pon berdasarkan pandai-pandai ajelah dan try n error je.

Kalau macam seseorang tu dah memang ada blog atau dah lama blogging, lepastu dia tanya apa-apa berkaitan dengan blog, yang macam tu mudahlah berbanding nak ajar bina blog dari kosong, tak tahu apa-apa.

Melainkan ada panduan, mula-mula nak kena belajar apa, lepas tu nak kena tahu apa, lepas tu nak buat apa, yang tu bolehlah saya bantu.

Sebabnya kadang-kadang buku ada, panduan ada, masalah kita ni(termasuk saya sendiri la tu) adalah malas nak membaca.

Arahan dan mesej yang terpapar tu kita malas nak baca, terutama sekali kalau benda tu dalam bahasa inggeris. Alasan “bukan faham sangat bahasa inggeris ni” antara yang popular…. haisshhh…

Kadang-kadang panduan yang ada tu pula tak jelas, pengajar tu anggap semua orang ada basic atau jenis cepat belajar.

Tapi sekarang ni dah senang dah kalau kita nak belajar buat blog, dah banyak dah blogger Malaysia yang menggunakan bahasa malaysia mengajar dan memberikan tips di blog mereka.

Ada juga yang buat ebook belajar buat blog. Macam saudara anuar ni buat. So sekarang ni kalau korang nak belajar buat blog, memang dah mudah sangat dah.

 

Ibarat korang duduk mengangkang dikerusi malas beharga 30 ribu ringgit, sambil 2 orang gadis jelita menyuapkan makan. Apa yang korang perlu buat cuma buka mulut, kunyah dan telan je.

Tapi kalau dah korang punya malas, nak orang lumatkan dulu makanan tu, pastu jolok masuk sampai ke tekak, sila mereput cepat.

Contest SEO: Belajar Buat Blog.

 

Ok, tak nak cerita panjang pasal contest ni, korang boleh baca dan join kat sini –>> Contest SEO Belajar Buat Blog

Contest ini turut disertai oleh Blog

 

Tips penulisan blog

Antara tips penulisan blog yang saya boleh kongsikan kepada anda adalah:

1. Banyakkan membaca

Tak kiralah baca novel ke, baca surat khabar ke majalah ke, yang penting banyakkan membaca, bagi melalikan mata anda untuk rajin membaca dan memetakan otak anda.

Ia juga boleh menambahkan ilmu dan seterusnya akan meningkatkan tahap penulisan blog anda

2. Banyakkan menulis

Banyakkan menulis bagi mengembangkan bakat menulis anda dan melatih otak untuk mencambahkan idea.

3. Ejaan penuh

jangan nak gatal-gatal guna aq sebagai ganti perkataan aku, jgn untuk jangan.

kalau nak tulis perkataan berganda, contohnya macam-macam, janganlah guna macam2 atau lebih teruk lagi guna mcm2. Sila taip penuh, kalau anda malas nak menaip, orang pun akan malas nak baca dan malas nak datang balik.

Lagipun bukan semua orang faham singkatan yang kita selalu guna dengan kawan-kawan kita.

Penulisan blog adalah penyampaian tanpa wajah, tanpa orang dapat lihat memek muka kita, tanpa suara dan orang tak dapat dengar intonasi kita.

Nak banyak lagi tips blogging? rajin-rajin buka blog www.sayablogger.com

 

Apa kaitan dengan ni:

    ,belajar buat blog,belajar seo susah ke senang,berjaya buat blog sendiri

20 comments

  1. gud luck kpd smua peserta.. SEO bkn ssuatu yg mudah tp berbaloi lau pndai.. ๐Ÿ˜€

    p/s : hi… sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. ๐Ÿ˜€ ty..
    banyak info menarik yang saya kongsikan di http://www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. ๐Ÿ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge