Berkenalan dengan sukan ping pong

Semenjak dua menjak berkenalan dengan sukan ping pong ni, saya dah mula rasa cinta dengan sukan ping pong. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta.

Ye, ping pong tu sejenis sukan, jangan ingat bila sukan tu indoor, main kat meja, tak lari sana tak lari sini, ianya bukan sukan ye.

pertandingan ping pongSesungguhnya ping pong satu sukan yang boleh tahan memenatkan. Walaupun nampak pemain dia tak lari jauh-jauh. Macam tak mengeluarkan tenaga yang banyak, tak lompat-lompat, tak terbang-terbang, ia mampu mengeluarkan peluh yang banyak, membuat anda mengah dan membuatkan anda menogak air botol 1.5 liter macam baru lepas joging 5km.

Kalau kita tak tahu, atau kita saja-saje cuba main ping pong, pukul pun tak masuk, memang tak rasa penat, bila kita berkenalan dengan ping pong dengan lebih dekat, dan berusaha untuk memasukkan bola di tempat pihak lawan, kita akan merasai betapa penatnya sukan tu.

Dulu sebelum saya berkenalan dengan ping pong, dok main tengok dari jauh je, saya fikir

“main ping pong, berdiri, pukul bola dengan bat, gerak sikit pukul lagi” macam tu je.

Bila dah mula mengenali dengan lebih mendalam, baru perasan banyak perkara yang kita tak nampak jelas.

Contohnya  Cara berdiri:

Berdiri pun ada banyak cara, tapi asasnya macam yang ditunjukkan dalam gambar ni.

berdiri ping pong cara berdiri main ping pong

Nampak tak? dia membongkok/menunduk sikit, kedudukan tangan, jarak, bukaan kaki, bengok kaki. tu baru asas tu.

atau korang boleh tengok penjelasan kat dalam video ni

Kalau kita tengok pemain ping pong profesional, diorang membongkkan badan sampaikan kalau boleh mata tu paras net (mungkin atas sikit) sebab nak tengok pergerakkan bola (terutama arah pusingan bola)

Cara pegang :

Cara pegang bat atau paddle pun ada caranye. Ada 2 cara pegang (secara umumnya), pen hold dan shake hand

cara pegang bat ping pong

Kebanyakkan orang zaman ni pegang style shake hand tu, otai-otai yang dah berpuluh tahun main je kebanyakkannya masih guna style pen hold ni.

Memukul:

Jarang sangat jumpa orang main ping pong ni pukul kosong… paling tidak pon mesti ada top spin.

teknik spin ping pong

gambar bat sebelah kanan tu menunjukkan 2 jenis spin, top spin dengan backspin. dan yang belah kiri atas pulak menunjukkan side spin.

apa fungsi bola-bola spin ni?

Fungsi dia, menggagalkan pihak lawan dan memalangkan nasib pihak lawan bila dia silap terima bola kita. Contohnya kalau kita bagi backspin, dan dia sambut dengan top spin, maka bola tu ada harapan akan terus jatuh masuk ke gelanggang dia sendiri.

Kalau kita bagi top spin pulak, dan dia terima dengan backspin, ada harapan bola tu ternaik pergi ke belakang atau ternaik dan jatuh ke tempat kita dengan tergantung tinggi, maka bersedialah untuk di smash hehehehe.

kalau side spin atau juga dipanggil pendulum pulak, yang tu tahap dewa dah kot, susah yang teramat sangat nak buat. Fungsi dia… boleh tengok dalam video ni

lagi video teknik sukan ping pong

Sebenarnya, jujur saya cakap, saya ni kaki bangku… apa-apa permainan yang wajib dimainkan menggunakan kaki, contohnya bola sepak, sepak takraw, memang saya gagal… bertahun berlatih pun macam tak ada peningkatan.

Saya cepat belajar, dan kadang-kadang saya boleh meniru teknik seseorang tu dengan hanya tengok sahaja. Sampai ada yang panggil saya copy ninja tapi bila sampai bab permainan kaki, saya gagal.

Bila umur dah makin meningkat ni, kesihatan makin merosot, jadi ada perkara yang saya perlu kurangkan dan ada perkara yang saya perlu tingkatkan contohnya bersenam.

Tapi cuaca panas, kekurangan kelengkapan suka, nak jimat minyak, tak banyak masa dan seribu satu alasan yang membuatkan saya memilih sukan ping pong sebagai satu cara bersenam.

Bila dah lama berkenalan dengan sukan ping pong ni, dah makin serius, memang lencun baju dek peluh sebab main ping pong ni, padahal indoor game je pon.

berkenalan dengan sukan ping pong

kesimpulannya, jangan pandang rendah pada indoor game hehehehe

 

2 comments

  1. dah pernah try masa sekolah dulu main ping pong..tak kena dengan jiwa sebab cepat penat..tengok je macam ruang main nya kecik, kita fikir mesti tak banyak gerak.padahal termengah2 jugak tau..saya suka main dam je..hahahahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge