Berhat-hati dengan orang yang tak pernah marah

Itulah yang saya nak pesan kepada para pembaca, Berhati-hati dengan orang yang tak pernah marah. Ni semua rentetan isu Mat Over Lempang David Teo dalam satu forum.

david teo kena tampar

Menurut Mamat Khalid yang saya petik dari laman web awani, Mat Over ni sangat berlembut orangnya, sembang pun tak bertentang mata. Maknanya mat over ni sangatlah menjaga adab, takut kalau bertentang mata kang orang ingat nak gaduh.

tak pernah marahTapi tiba-tiba mat over boleh lempang sedas kat david teo, siapa sangka kan?

Baru ni terjadinya insiden, yang boleh menghilangkan sabar jugaklah kiranya, kalau orang lain, mau dah terbalik meja dibuatnya.

Tapi macam sorang senior cakap “orang macam ni, kalau marah pun dia diam je “, saya pun jawab, orang macam tu lah kita kena hati-hati.

Sebab pada saya, semua orang ada sifat marah, ada tahap kesabaran dia, mungkin dia penyabar, tapi mungkin ada 1 masa, benda kecik pun boleh menimbulkan kemarahan dia.

Konsepnya macam belon, ada sesetengah kualiti belon yang akan meletup walaupun saiznya kecik je. Ada sesetengah belon yang dah ditiup sampai besar badan manusia yang saiz xxl pon tak meletup lagi.

Mana yang anda lebih takut kalau meletup? Pastinya belon yang besar tu kan? Sebab letupannya kuat dan momentumnya boleh dirasakan kan?

Bagi orang-orang yang bijak, saya adalah antara orang yang mereka takuti, sebab sepanjang mereka kerja kat situ, mereka tak pernah tengok saya marah. Sebab saya banyak berfikir sebelum saya melepaskan kemarahan saya

Marah dan kesannya.

Tapi sebelum insiden terbaru yang saya kata kalau orang lain, mau dah terbalik meja tu. Ada situasi yang saya telah lepaskan apa yang saya pendam selama bertahun-tahun, tapi Alhamdulillah, saya luahkan dengan beradab tapi rasanya cukup memedihkan.

Dan insiden tu telah membuka mata ramai orang dari pelbagai sudut dan persepsi. Ramailah yang tak menyangka saya adalah orang yang akan menyurakan perkara tu.

Kesimpulannya, macam tajuk entri ni, Berhat-hati dengan orang yang tak pernah marah. Sebab orang macam ni mungkin macam belon, kita tak tahu bila dia akan meletup.

Yang penting adalah kita, jaga batas, tingkah laku, percakapan, kalau dah terlajak tanpa kita sedari, minta maaf bukan jalan terbaik, tapi lebih baik dari ego.

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge