Banting Sejuk Beb….

Ye, Itulah benda yang saya nak tekangkang tekankan kat sini, banting sejuk beb. Ini adalah rentetan terakhir dalam perkara yang berlaku hampir sepanjang hari semalam.

banting selangorkredit imej ahmadsafiuddin18

Ok, saya start dari waktu tengahari, mungkin boleh dikira petang sebab dah pukul 14 lebih atau pukul 2 lebih.

Setibanya wife gua dirumah selepas menghadiri kursus frozen (sejuk beku) kat kolej komuniti, gua pun dengan pantas take over katak pisang gua tu untuk ke majlis hi tea di dorsett putrajaya.

kolej komuniti kuala langatkursus jangka pendek di kolej komuniti

Oleh kerana berpegang kepada prinsip, “tiap-tiap kali aku pergi putrajaya, mesti ikut jalan lain” jadi saya mengambil keputusan untuk menggunakan waze.

Tapi entah apa malangnya, line e je memanjang, bila search tu lama semacam je. bila dah ada result ke dorsett putrajaya, gps not found pulak dah… dia dok main agak-agak je.

gps-signal-not found

Nasib baiklah terjumpa kereta sorang cikgu ni yang kebetulan ke sana jugak, tapi dia pun macam waze, main agak-agak je. jadi bila dia salah jalan, dengan aku sekali la ikut terjebak salah jalan.

Tapi akhirnya kitorang parking sebelah jabatan pendaftaran negara, kat tepi jalan. Ingatkan dia berhenti tu nak tanya orang, sekali semua yang menumpang dia pun keluar sekali.

Saya tanya dengan dia, mana tempatnya? dia tunjuk tuuuuu… bangunan sebelah jpn. Laaa… selama ni tak pernah perasan pon… mana nak perasan, dah la dalam 8 tahun kerja ni, baru berapa belas kali pergi putrajaya, tu pun kalau terpaksa rela.

Sesampainya saya kat sana, sebagai tukang buat video dan orang teknikal, merangkap jurukamera tetap dan berpencen tak rasmi, saya dengan notebooknye, dengan beg kameranya dengan pantas menuju ke lokasi kejadian.

Sampai sana, saya duduk kejap dan letakkan pouch bag saya. Lepas tu saya pun menuju ke tempat nak pasang notebook, masa tengah pasang tu, pengacara majlis ada berkata, “piring yang ada atas meja tu jangan di alihkan”, dalam hati saya berkata “kalau tak dialihkan, macam mana nak makan? ah lantakla” .

Siap pasang, saya nak ke meja tadi, dah ada cikgu lain pulak duduk. Saya pun duduk la kat kerusi sebelah. Lepas tu saya ternampak wifi hotspot device. Sebagai orang teknologi, saya nak berpindah ke kerusi sebelah untuk belek wifi hotspot tu.

Tengah belek benda tu, pengacara majlis berkata lagi “tadi saya pesan jangan alihkan piring kan? sebabnya ada piring yang ada nombor dibawahnya, barang siapa yang piringnya ada nombor, sila kedepan”.

Saya pun angkat piring yang ada depan saya, ada nombor. Ada nombor, tapi saya masih blur, saya ingatkan semua orang akan dapat piring yang ada nombor, rupanya memang tu tuah saya, kalau saya spesisĀ  duduk diam, tak dapat lah agaknya. dan kerana itu saya dihadiahkan dengan sebuah blender.

Majlis berjalan lagi, bos nak buat acara penganugerah untuk cikgu-cikgu dan staf yang cemerlang, gemilang dan memang-memang yang pastinya saya bukan orang yang layak.

Dan saya hasilkan video untuk slot tu, tak siap, tapi… boleh la dipaparkan. Dan bos puji video yang saya buat, dia kata prestij macam anugerah bintang popular. tak tahulah bos perli ke memang puji, tapi saya cakap je sebenarnya video tu belum siap.

Dia terkejut… dia kata betul ke belum siap? saya kata betul… patutnya ada wajah-wajah kandid calon-calon. Dia kata, yang tak siap tu pon dah ok dah. hmmm… takpelah.

Selesai majlis, saya terus bergerak perlahan-lahan menuju ke gombak dimana norman danish mengadakan event pelancaran misi viral.

Sampai je kat sana, saya tengok, mak aih… ni yang tak best ni, majlis ala-ala hipster, style orang-orang kaya punya majlis ni yang saya tak berapa gemar ni. Terasa akan kekekokannye. Saya gulung rokok dulu, roger ahli-ahli bbn yang lain. Siap hisap rokok, saya pun memberanikan diri nak pergi ke meja pendaftaran.

Sampai je kat sana, tengok ada senarai nama, risau dengan ketiadaan nama, saya masuk gear reverse, dan kebetulan nas, PRO lynk.my bagitau dalam group whatsapp bbn yang dia pun dah sampai.

Jadi saya tunggu dia dan masuk sekali, masa duduk tu dah terasa bahangnya kl nih. enjoy gak la majlis misi viral tu, siap dapat goodie bag lagi.

bbn lynk hexa cooperationwww.bestbloggernetwork.com

Dalam tu ada macam-macam benda, ada coklat, ada flavour vape 30 ml ada, shawl ke ape benda kain entah pun ada… memang best lah. Tapi malangnya, masa on the way balik, dah sampai kat subang, baru perasan yang saya dah tertinggal goodie bag tu, rasa down habis masa tu, rasa nak capai sebotol air mabuk tiger untuk menghilangkan stress, jadi saya pun masuk ke shell RnR subang tu dan capai sebotol… tapi livita honey la.

Masa nak balik tu, dah salam-salam saya pass biz card saya kat wakil lynk.my dan kawan-kawan blogger, mana yang sempat.

business-cardmohon jangan jadi confuse dengan url dalam kad tu, tu blog utama saya

Dan buat pertama kalinya, barulah saya tahu yang neeza, blogger dari www.neezalife.com tu perempuan, selama ni ingatkan lelaki.

Nak dijadikan cerita ni lebih menarik, saya layankan ikut cakap waze dari gombak nak ke banting, walaupun saya tahu jalan nak balik ke banting kalau dari mrr2 tu sebab dulu rajin la ke area sana, lepas tu, area sri damansara tu tempat jatuh lagi dikenang saya untuk beberapa tahun, dan saya dulu rajin la dari banting ke damansara ulang alik. Tapi dek kerana takut memandai-mandai kang jadi lambat pulak.

Tapi ikut wazepon entah macam mana saya tersalah masuk simpang, bertambah gak lewat sampai.

Bila dah masuk je kawasan kuala langat masa kat skve, udara sejuk memasuki ruang kereta saya yang terbuka. masa tula perkataan ” banting sejuk beb ” terlintas dalam kepala saya.

Itulah antara sebab kenapa saya sayangkan banting, banting sejuk beb berbanding kl.

Banyak lagi la sebab kenapa saya sayangkan banting ni… walaupun banyak kali gak rasa nak memindahkan diri, tapi banting ni dia ada feel macam dok kat johor, jadi terubatla rasa rindu di hati kat negara johor, home state saya dan isteri.

So, rasanya cukuplah… kalau ada yang boleh baca entri ni sampai habis, memang korang hebat, sebab entri ni dah 1000+ patah perkataan.

OK bye

 

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge