Azam tahun baru

Azam tahun baru yang akan menjelang tiba, tahun 2017 ni saya ada azam yang berbeza dari tahun-tahun sebelum ni.

Kebanyakkan azam tahun baru sebelum ni, saya berazam nak berhenti merokok… tapi dah banyak tahun nampak azam tahun baru tu cuma sekadar azam je. dah sampai ke tahap, lantak lah dengan azam tahun baru nih.

azam tahun baru 2017

Tapi untuk azam tahun 2017 ni, azam saya lain sikit, saya berazam untuk kurang berkata-kata sama ada dalam bentuk teks atau secara live.

Niat saya nak mengurangkan kata-kata ni dah lama dah, dah lama saya terfikir yang saya terlalu banyak mendedahkan perkara tentang diri saya bila saya terlalu banyak berkata-kata.

Paling saya risau bila saya terlalu banyak berkata-kata, saya takut akan membuka aib orang.

Sebab saya perasan, betul kata orang, lidah tu tajam, boleh membawa padah. Hasil pengalaman saya, bila kita berbual dengan orang, banyak kita tahu pasal diri dia.

Lagi lama kita biarkan mereka bercerita, lebih banyak benda yang akan didedahkan.

Kalau kita pandai bertanya, lebih banyak seseorang tu akan mendedahkan perkara peribadi dia.

Perkara yang baik dan sebaliknya akan terdedah bila terlalu banyak berkata-kata.

Tak bermakna bila saya nak mengurangkan kata-kata, saya akan memilih untuk banyak mendengar macam quote kali linux : The quieter you become, the more you are able to hear.

Tak juga, kalau boleh saya nak tapis apa yang saya dengar, dengar apa yang perlu saya dengar dan banyakkan membaca dan menulis je. Bak kata imam syafie

“Bersihkan pendengaran kalian dari hal-hal yang tidak baik, sebagaimana kalian membersihkan mulut kalian dari kata-kata kotor, sesungguhnya orang yang mendengar itu tidak jauh berbeda dengan yang berucap.”

Saya juga akan mengurangkan masa untuk menjengah telefon saya, secara khususnya saya akan kurangkan menjengah whatsapp, telegram, fb, messenger dan sebagainya terutama sekali di waktu pagi bagi mengelakkan mood saya kelaut pada hari itu.

Dan saya ingin menumpukan sepenuh perhatian saya kepada benda-benda yang memberi faedah dan pendapatan khususnya, kepada saya.

Azam tahun baru

Azam tahun baru, tahun 2017 ni, saya nak membanyakkan membaca dan menulis dan berusaha untuk meningkatkan ibadah.

Tahun 2016 betul-betul menguji kekuatan saya, tahun-tahun sebelum tu, terutamanya tahun 2009 mencabar jugak. Tapi masa tu lain, kali ni lain… tahun 2016 buatkan saya hampir-hampir tersungkur.

Jadi kepada rakan-rakan, janganlah ingat saya dah buang tebiat nak mati lak bila tengok saya senyap je, atau saya senyap je kat mana-mana group atau media sosial.

Kepada potential client, saya minta kalau(memang) saya balas lambat.

Kata imam syafie:

“Terlalu keras dan menutup diri terhadap orang lain akan mendatangkan musuh, dan terlalu terbuka juga akan mendatangkan kawan yang tidak baik, maka posisikan dirimu di antara keduanya.”

“Jadikanlah diam sebagai sarana atas pembicaraanmu, dan tentukan sikap dengan berfikir.”

sumber.

Kesimpulannya, saya akan mengurangkan kata-kata dan hanya berkata-kata bila dirasakan perlu je.

Terima kasih

Apa kaitan dengan ni:

    ,azam tahun baru 2017,kata kata azam 2017

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge