Anxiety, stress dan kemurungan

Hai, memandangkan blog ni dah jadi blog saya berkongsi hal peribadi yang saya rasa boleh dikongsikan, jadi saya nak kongsikan pasal Anxiety, stress dan kemurungan.

Sebenarnya saya bukanlah nak terangkan pasal ketiga-tiga tu, Anxiety, stress dan kemurungan, tapi lebih kepada Anxiety.

Anxiety stress dan kemurungan

Lepas saya pasal Anxiety disorders di blog lyana ishak, saya rasa saya pun nak kongsikan pasal Anxiety, stress dan kemurungan ni berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang yang mengalami anxiety.

Cerita pasal Anxiety, stress dan kemurungan ni, pernahkah korang dengar pasal saringan minda sihat? atau Depression Anxiety Stess Scale atau singkatanya DASS?  Saya pasti majoritinya tak pernah dengar, apatah lagi membaca pasal saringan minda sihat. Saya pun baru je tahu pasal benda ni.

Macam mana saya tahu? ceritanya macam ni…

Anxiety, stress dan kemurungan

Satu hari tu saya mintak balik awal sebab tak sedap badan lepas dah beberapa hari selsema, dan seterusnya saya pergi ke klinik kesihatan telok datok.

Sampai sana, macam biasalah, pastinya akan ada saringan kesihatan yang mana dia akan check suhu, check tekanan darah dan temubual.

So bila temubual tu dia tanyalah macam-macam, lepas tu sampailah dia tanya saya merokok tak? Lepas saya jawab saya merokok, dia tanya saya nak tak berhenti? masa tu saya jadi macam…

krik krik… krik krik…

Kalau 5 tahun dulu senang je saya nak jawab saya nak berhenti, sekarang ni macam belum terasa nak berhenti lak. Tapi tak kan saya nak jawab saya tak nak berhenti lak kan? kang jadi panjang pulak ceritanya.

Jadi saya jawablah saya nak berhenti. Jadi dia ambil pula borang klinik berhenti merokok. Lepas tu tanya lah macam-macam lagi,siap tanya lagi nafsu saya macam mana? nak je saya jawab “auuummm sangat bernafsu”, tapi kang kena tuduh gangguan seksual pulak. Jadi saya cuma jawab, nafsu saya ok je.

Dan sampailah ke soalan susah tak nak tidur? kalau korang pernah baca kat blog saya yang lagi satu, saya ni memang insomnia dah banyak tahun dah pon, jadi saya pun jawablah saya susah nak tidur, dia nak tahulah kenapa saya susah nak tidur.

Saya jawablah… mungkin sebab banyak fikir, fikir pasal apa? dia tanya lagi… saya jawab “mungkin pasal kerja”, bila dia dengar jawapan tu, terus dia bangun, ambil borang lain. Dia suruh jawab semua tu dan bagi pada doktor bila sampai nombor saya untuk jumpa doktor.

Tapi belum sempat habis jawab, doktor dah panggil, dok kerana musykil kenapa doktor tu cakap macam orang bercinta dengan saya, saya lupa nak bagi tahu dia pasal borang tu. Jadi bila dah siap isi borang tu, saya bagi kat nurse tadi dan dia bagi doktor.

Hasil saya jawab soalan di borang tu tadi, menunjukkan, stress saya teruk, anxiety saya sangat teruk dan kemurungan saya ringan… syukurlah masih ada yang ringan… hehehe

So macam mana rasa anxiety ni? ok, benda ni dah lama dah saya kena, rasanya dah lebih 3 tahun dah.

Awal-awal dulu tak teruk sangat, dia mula dengan berdebar-debar secara tiba-tiba, masa tu saya terus roger mak saya, nak tahu keadaan dia… dia kata dia ok… makin lama panic attack ni makin kerap dan kebanyakkan masa dia attack masa di tempat kerja.

Punca anxiety saya? entahlah… tak tahu nak cakap punca sebenar. Tapi yang pastinya ianya menggangu fokus dan konsentrasi saya, dan kebanyakan masa bila saya diserang anxiety ni, saya akan susah nak bernafas.

Rawatan anxiety? dia ada banyak peringkat, kena jumpa… errr… saya tak tahu panggilan tepatnya, mungkin pakar terapi la kot. Dimana dia akan ajar cara bernafas, cara mind set dan banyak lagi perkara yang kita boleh amalkan. Dan kalau semua tu dah tak jalan (macam tahap saya sekarang), mungkin dia akan suruh rujuk kepada pakar psikologi la agaknya.

Anxiety ni pada saya bukanlah satu masalah kesihatan yang ringan. Kalau korang sering kena rasa takut atau berdebar sangat seolah-olah cikgu matematik yang juga selaku disiplin nak masuk kelas dan korang tak siap kerja sekolah yang dia bagi, eloklah pergi ke klinik yang berdekatan dan tanya kalau boleh buat saringan minda sihat atas DASS test.

Apa kaitan dengan ni:

    ,kemurungan

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge